Saturday, December 31, 2011

AZAM TAHUN BARU

Insyaallah dalam beberapa jam lagi akan menginjak ke tahun baru~2012.
Semoga kita semua mempunyai semangat yang baru sempena tahun baru yang bakal muncul ini. Ayuh di sini saya nak kongsikan sedikit perkongsian dari usrah hari ini...

WASIAT HASAN AL-BANNA

1.Segeralah tunaikan solat di awal waktu

2.Baca Al-Quran dan lihat mesej yang disampaikan.
-selalulah berzikir dan sentiasa mencari ilmu walaupun sedikit

3.Dorong diri sendiri mempelajari bahasa Al-Quran~bahasa arab

4.Buka ruang

5.Usah bertaruh idea tanpa adab
-janganlah kita berdebat jika tidak mendatangkan kebaikan,

6.Senyumlah selalu dan bersederhanalah dalam ketawa

7.Series selalu dan bergurau yang berpatutan
-melalui series tu adanya kesungguhan tapi tak da gurau hidup jadi tawar pula.. :)

8.Kawal suaramu setakat yang diperlukan
-ikut keperluan pendengar
-jangan tinggikan suara dengan ibu bapa ye~ :)

9.Usahlah mengumpat dan  dan merendahkan pertubuhan lain..

10.Luaskan interaksimu sesama manusia

11.Maksimumkan faedah waktu anda supaya dapat manfaatkan masa

Insyaallah.. :)
~Jaga diri hiasi peribadi~


No comments: