Thursday, December 8, 2011

Usrah hari ini...


Alhamdulillah,selesai sudah usrah hari ni..Usrah antara kak-kak senior sebagai naqibah dan kawan2 sekolej yang selalu diadakan pada petang hari Khamis. Hari ini rasa sedikit kelainan sebab...ada makanan kot..hehe. Tak ada pun. Kali ini baru berkesempatan nak cerita pasal isi2 yg dapat dari usrah.


OK.Nak cerita sikit apa yg jadi.. kali ini gabung antara dua group usrah-asalnya satu je tp ramai sgt payah pulak nk hndle.So,pecah kepada dua. Tapi,kami sesama ahli usrah tetap bersama-hati n kasih sayang... :)


Setiap kali usrah,mcm biasa-ibda' bil qiraah Al-Quran.. masing2 baca n tegur jika ada kesalahan tajwid dalam bacaan.. hari ni,Kak Zura datang lambat sikit,jadi kami pun mula dahulu bacaan..Topik yang dibincang bersama adalah NIAT. Apa itu niat? 

NIAT
Bahasa: Lintasan dalam hati atau kehendak hati
Istilah: Gerak hati melakukan sesuatu pekerjaan dengan tujuan mencari keredhaan Allah SWT



إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إل

berdasarkan hadis,apa yang kita niatkan mestilah kerana Allah.


setiap perkara yang kita lakukan mestilah didahului dgn niat kerana Allah..barulah mendapat keberkatan. Janganlah kita niat kerana sesuatu yang lain-tak berfaedah.


point utama skg ni adalh status sbg pelajar or lebih tepat lagi adalah penuntut ilmu.. Niatlah tuntut ilmu kerana Allah. Lebih berkat. Semua ilmu itu datangnya dari Allah,hak Allah... sesungguhnya ilmu Allah itu sangat luas.. selalu saya dengar "Jika 7 lautan itu sebagai dakwat untuk menulis ilmu nescaya tidak cukup"... Betul x?hehe.. Maknanya betapa banyaknya ilmu Allah yang ada..Kadang-kadang kita rasa sudah cukup mahir dgn ilmu yang kita ada,belagak or sebgainya..namun,masih banyak lagi ilmu yang kita tak tahu..


Ilmu itu luas. Contohnya pakar dalam mengkaji mngenai haiwan or serangga seperti anai2. bila dikaji rupanya anai-anai banyak spesisnya n ada hikmah Allah ciptakan anai2 tersebut.. Ada hikmah di sebalik kejadian. Subhanallah. Cuba kita renungkan semula.
Kemudian,belajarlah dengan baik supaya kita mahir dengan apa yg kita belajar.Contohnya,kalau doktor kita wajib belajar ilmu tersebut dengan baik agar boleh bantu masyarakat sekeliling kerana ilmu itu sangat penting.. Dengan ilmu kita dapat mengetahui pelbagai benda @perkara yg kita xtahu...begitu juga dengan bidang2 lain seperti matematik,or sebagainya terutamanya ilmu agama sebab ia amatlah penting.. 


ha,baru mukadimah..ada lagi nak cerita ni..hehe. kali ini rasanya entry saya pnjg skit. boring?erm..bila x boring,dh hilang rsa boring tu buka n baca lg bhgian2 yg xbca g.. hehe(gurau ye)


ada lg satu pengisian oleh Kak Ja. lambat sikit sebab pergi tempah makanan utk kami semua ni.. Tak banyak pun tapi cukuplah bekongsi makanan..kan bertambah erat.. ;)


Pengisian Kak Ja pasal ukhuwah. Ukhuwah itu kalu ada bermasalah bukan sebab atas ukhuwah itu tapi iman..ada yang tak kena dengan iman sebab tu lah ukhuwah pun tak kena.. kata Kak Ja. erm,bila fikir balik,betul juga.. Dan hari ni saya rasa nikmatnya ukhuwah antara kami, Dah mcm family sendiri dah..
berkongsi makanan sampai licin,bila jumpa-senyum dan rasa kasih syg tu dpt dirasakan...


Alhamdulillah..suatu nikmat dari Allah.. syukur.


sekian sahaja persembahan hari ini..hehe :)

No comments: