Saturday, December 31, 2011

AZAM TAHUN BARU

Insyaallah dalam beberapa jam lagi akan menginjak ke tahun baru~2012.
Semoga kita semua mempunyai semangat yang baru sempena tahun baru yang bakal muncul ini. Ayuh di sini saya nak kongsikan sedikit perkongsian dari usrah hari ini...

WASIAT HASAN AL-BANNA

1.Segeralah tunaikan solat di awal waktu

2.Baca Al-Quran dan lihat mesej yang disampaikan.
-selalulah berzikir dan sentiasa mencari ilmu walaupun sedikit

3.Dorong diri sendiri mempelajari bahasa Al-Quran~bahasa arab

4.Buka ruang

5.Usah bertaruh idea tanpa adab
-janganlah kita berdebat jika tidak mendatangkan kebaikan,

6.Senyumlah selalu dan bersederhanalah dalam ketawa

7.Series selalu dan bergurau yang berpatutan
-melalui series tu adanya kesungguhan tapi tak da gurau hidup jadi tawar pula.. :)

8.Kawal suaramu setakat yang diperlukan
-ikut keperluan pendengar
-jangan tinggikan suara dengan ibu bapa ye~ :)

9.Usahlah mengumpat dan  dan merendahkan pertubuhan lain..

10.Luaskan interaksimu sesama manusia

11.Maksimumkan faedah waktu anda supaya dapat manfaatkan masa

Insyaallah.. :)
~Jaga diri hiasi peribadi~


Wednesday, December 28, 2011

status: PELAJAR

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..diri ini masih lagi bernafas.. :)

Ilmu oh ilmu..bnyknya imu yg ada...MasyaAllah.. macam2 jenis ilmu yg boleh kita pelajari tapi ilmu yg bermanfaat la, Jangan la yg bukan2 pastu salah guna dengan kepakaran yg ada.Jangan ye.

nama pun pelajar,mesti la da banyak benda yang kita belajar tak kira la apa2 pun. Ha,mesti kita ada macam2 subjek yang belajar baikse masa sekolah menengah ataupun universiti. Pastu,setiap subjek mesti ada buku2nya or kertas2 or fail2 kn..

So,susun la baik-baik buku2 tu, and nota-nota yg ada. Nanti tak la serabut otak nak mencarinya. Mesti ramai dah buat(benda kecil je tp beri kesan kot) sebab senang nak cari. Sama la dengan peringkat universiti pun. Lgi la macam2 fail, fail nota.fail persatuan,kelab dll. Susun,asingkan ikut subjek/kursus yg kita ambil tu. Baru-baru ni saya nak kemas fail,tapi~ ish2 terabur. Habis kelas letak merata-rata nots tu,pastu serabut la nak cari balik. Mujur ada. :)

Lagi,nak cakap apa?

erm...ketandusan idea la plak.. ok,nt kita sambung lagi dlm tajuk strusnya.. :)


Thursday, December 8, 2011

Usrah hari ini...


Alhamdulillah,selesai sudah usrah hari ni..Usrah antara kak-kak senior sebagai naqibah dan kawan2 sekolej yang selalu diadakan pada petang hari Khamis. Hari ini rasa sedikit kelainan sebab...ada makanan kot..hehe. Tak ada pun. Kali ini baru berkesempatan nak cerita pasal isi2 yg dapat dari usrah.


OK.Nak cerita sikit apa yg jadi.. kali ini gabung antara dua group usrah-asalnya satu je tp ramai sgt payah pulak nk hndle.So,pecah kepada dua. Tapi,kami sesama ahli usrah tetap bersama-hati n kasih sayang... :)


Setiap kali usrah,mcm biasa-ibda' bil qiraah Al-Quran.. masing2 baca n tegur jika ada kesalahan tajwid dalam bacaan.. hari ni,Kak Zura datang lambat sikit,jadi kami pun mula dahulu bacaan..Topik yang dibincang bersama adalah NIAT. Apa itu niat? 

NIAT
Bahasa: Lintasan dalam hati atau kehendak hati
Istilah: Gerak hati melakukan sesuatu pekerjaan dengan tujuan mencari keredhaan Allah SWT



إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إل

berdasarkan hadis,apa yang kita niatkan mestilah kerana Allah.


setiap perkara yang kita lakukan mestilah didahului dgn niat kerana Allah..barulah mendapat keberkatan. Janganlah kita niat kerana sesuatu yang lain-tak berfaedah.


point utama skg ni adalh status sbg pelajar or lebih tepat lagi adalah penuntut ilmu.. Niatlah tuntut ilmu kerana Allah. Lebih berkat. Semua ilmu itu datangnya dari Allah,hak Allah... sesungguhnya ilmu Allah itu sangat luas.. selalu saya dengar "Jika 7 lautan itu sebagai dakwat untuk menulis ilmu nescaya tidak cukup"... Betul x?hehe.. Maknanya betapa banyaknya ilmu Allah yang ada..Kadang-kadang kita rasa sudah cukup mahir dgn ilmu yang kita ada,belagak or sebgainya..namun,masih banyak lagi ilmu yang kita tak tahu..


Ilmu itu luas. Contohnya pakar dalam mengkaji mngenai haiwan or serangga seperti anai2. bila dikaji rupanya anai-anai banyak spesisnya n ada hikmah Allah ciptakan anai2 tersebut.. Ada hikmah di sebalik kejadian. Subhanallah. Cuba kita renungkan semula.
Kemudian,belajarlah dengan baik supaya kita mahir dengan apa yg kita belajar.Contohnya,kalau doktor kita wajib belajar ilmu tersebut dengan baik agar boleh bantu masyarakat sekeliling kerana ilmu itu sangat penting.. Dengan ilmu kita dapat mengetahui pelbagai benda @perkara yg kita xtahu...begitu juga dengan bidang2 lain seperti matematik,or sebagainya terutamanya ilmu agama sebab ia amatlah penting.. 


ha,baru mukadimah..ada lagi nak cerita ni..hehe. kali ini rasanya entry saya pnjg skit. boring?erm..bila x boring,dh hilang rsa boring tu buka n baca lg bhgian2 yg xbca g.. hehe(gurau ye)


ada lg satu pengisian oleh Kak Ja. lambat sikit sebab pergi tempah makanan utk kami semua ni.. Tak banyak pun tapi cukuplah bekongsi makanan..kan bertambah erat.. ;)


Pengisian Kak Ja pasal ukhuwah. Ukhuwah itu kalu ada bermasalah bukan sebab atas ukhuwah itu tapi iman..ada yang tak kena dengan iman sebab tu lah ukhuwah pun tak kena.. kata Kak Ja. erm,bila fikir balik,betul juga.. Dan hari ni saya rasa nikmatnya ukhuwah antara kami, Dah mcm family sendiri dah..
berkongsi makanan sampai licin,bila jumpa-senyum dan rasa kasih syg tu dpt dirasakan...


Alhamdulillah..suatu nikmat dari Allah.. syukur.


sekian sahaja persembahan hari ini..hehe :)

Wednesday, December 7, 2011

BERCINTA DALAM ISLAM :-

1.) Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2.) Menghormati maruah dan harga diri m
asing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3.) Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4.) Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5.) Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.



perkongsian kali ini... :)

Monday, December 5, 2011

Masa oh Masa...

Alhamdulillah,sekarang ni saya ada kelapangan untuk menulis tajuk seterusnya…tapi tak semua yang dalam blog ini hasil tangan saya..hehe. Banyak yang ambil dari sumber2 luar.. niat nak berkongsi ilmu.. J
Kelapangan yang ada ni nak kongsi benda baru plak la. Tapi pasal apa ek?erm,cakap pasal lapang,ada kaitan dengan masa kot..(memang ada pun)..
Kita sering mendengar peribahasa “Bertangguh itu pencuri masa”
Ya sy katakan sebab saya suka bertangguh dalam melakukan sesuatu kerja(eseimen le…) Akibatnya,kelam-kabut bila nak selesaikannya di saat-saat yg terakhir.. L jadinya,terpaksalah bersengkang mata hingga larut malam atau pagi.. tangguh lagi. Macam tu la. Lagi teruk kalau yang tak tidur..kesian.
Kesan bertangguh…
~kerja bertambah banyak..masa yang boleh digunakan untuk melakukan perkara lain pun tertangguh juga..
~otak kita pun serabut nak kena fikir banyak benda,siapkan banyak benda dalam satu masa..





Banyak perkataan atau kiasan dan bermacam-macam lagi tentang masa dalam berbagai bahasa sama ada bahasa melayu mahupun  inggeris… keadaan ini bukti bahawa masa itu amat berharga..
Dalam al-Quran pun ada mengatakan betapa berharganya masa iaitu surah al-‘Asr yang bermaksud:

ÎŽó       1. Demi Masa!2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

gunakanlah masa yang ada sebaik mungkin.. gunakan kesempatan untuk kebaikan..
di sini ada cara-cara untuk mengelakkan dari bertangguh..


Jadi~ janganlah bertangguh.. biar awal,jangan lambat..siapkan sesuatu kerja itu dulu. Islam menitikberatkan dalam persoalan masa.

~uruskanlah masa mengikut kesesuaian diri kita..wallahu’alam..

*sedikit perkongsian dr sy yg x seberapa ni..