Tuesday, January 17, 2012

status: PELAJAR

Dah lama saya tak ziarah blog ni. Erm,agaknya sejak musim final exam. Sibuk study sikit.. sekarang agak berkelapangan walaupun berbaki lagi satu paper. Ye la,jarak tu agak lama tp tak da la lama sangat sebab 3 hari je pun.  Erm.apa yg saya buat sejak 3 mnggu yang lalu….

SEHARI SEBELUM FINAL EXAM

Study dah study so nak hilangkan stress. Waktu petang keluar beriadah bersama kawan-kawan. Kami jongging satu kampus. Seronok juga kampus da hutan keliling. Boleh hiding mata dengan warna-warna hijau. Lagipun,tengok benda2 hijau kan menajamkan mata. Lepas tu,sempat lagi buat larian marathon di stadium. Hehe.penat la juga tapi baik punya! Rasa segar dan sihat sikit. Tak la rasa bebab dan tension sangat dengan musim exm ni. Siap mandi peluh lagi. J
Malam tu nak study(ulang2 balik) pun tak ada la rasa penat or ngantuk sebab badan pun sihat kan.

P/s: walaupun sibuk study KESIHATAN kena jaga juga.

MUSIM EXAM

Pakaian yang nak dipakai nanti siap iron! Tak nak nanti kelam kabut pulak.(perempuan memang cmni skit).  Punya la gementar nak jawab paper padahal baru nak isi nama pada kertas jawapan dah terketar-ketar tangan tu. Haha. Alhamdulillah boleh la jawab tapi ada juga paper yang  tak yakin betul dapat full mark. Semua paper kot. Hehe. Tak,markah tinggi la maksudnya. Tawakkaltuillallah. Tapi,apa yang lebih terasa beban bukan masalah exam tapi gangguan air di kolej  di saat final exam. UJIAN kan? Sabar tau.. J lama la juga. Hampir seminggu. Masalah air tu la yang teruji buat diri ini dan juga kawan2 yang lain. J
Hari berganti hari exam nak habis dah. Sekarang berbaki lagi satu paper je. Eh,boleh pulak saya ni rileks2 lagi. Ish2. Petang ni baru sambung semula study. Hehe. Sekarang  kemas barang sikit sebab habis exam kan nak balim terus. Hooray! Tak sabar nak balik rumah. Rindu betul dengan rumah. Cek rindu betoi ni kat mama dengan abah. Hehe J
Break sem ni cuti sebulan je tapi bukan semua yang betul2 dapat menikmati cuti sebulan tu. Ada yang terlibat dengan program la aktiviti la n mcm2 lagi. Sama la saya pun ada program. 3 minggu je ada kat rumah. 3 minggu pun jadi la.. dah boleh lepas rindu tu.. J

BREAK SEMESTER

Barang tinggal lagi sikit ja nak kemas. Balik satu beg sudah la kan? Tak lama pun cuti tu. J nanti la chit-chat lagi ye. Selamat bercuti kepada yang sudah bercuti. J


No comments: