Wednesday, May 8, 2013

Thursday, March 7, 2013

usrah kita~~

assalamualaikum.. 

Untuk entry kali ini..saya nak kongsikan apa yg saya dapat dari usrah tadi.

Untuk menjadi mahasisawa/wi sejati,kita perlu ada 5 masa untuk:

1.masa membaca al-Quran
2. masa untuk stdy
3.masa untuk bermunajat(taubat)
4. masa untuk bersosial
5.masa untuk uruskan diri

Penerangan:
1.       Menurut Ibn Qayyim: jika tiada waktu utk membca al-Quran..sia-sia. Ibaratnya kita “habiskan masa tanpa apa2 tujuan”. (yg ni xngat kta2 oleh sapa). Nanti,roh kita sakit.

2.       Waktu study-bkn sahaja study bidang kita(kos kita),kita perlu tambah lagi ilmu lebih luas.

3.       Malam adalah waktu sesuai untuk munajat. =)

4.       Masa sosial-melakukan amar ma’ruf nahi mungkar..

5.       Masa diri-kena ada juga waktu untuk diri. Kena bersih,wangi,berketrampilan..baru orang selesa dgn kita. Kita pun selesa.

Saturday, March 2, 2013

Tahu Mahu Mampu

tahu..mahu...mampu...

kita tahu akan sesuatu itu.. kita tahu ia baik..dan kita mampu melakukannya! percayalah..dan yakinlah pada diri sendiri..

Sunday, February 17, 2013


dalam banyak2 zaman,zaman persekolahan paling best!sebab pe?sebab ia menyimpan seribu kenangan yang memberi memori paling indah dalam hidup...Masa sekolah memang rasa malas nak pergi sekolah,buat kerja rumah,datang latihan rumah sukan dan aktiviti koko.Kalau tak siap homework,pasti akan didenda atau dimarahi guru..tak datang aktiviti koko rugi plak untuk mrkah koko 10% tu..Malas ulangkaji datang sekolah,blur!tak faham..tidor lambat,confirm tidor dalam kelas..tapi,kadang2 je..hehe :).


Kalau tidor je mesti nama akan disebut. "QIN!"haha...bila cikgu tak masuk kelas,yak ngantuk pula..huhu.macam dah set,guru ada je ngantuk.hehe.


paling best,memori dengan kawan2.bila sembang memang tak ingat dunia..kerja pun tertangguh.bila diminta oleh guru,jawapannya"tak siap lagi" atau "saya tak faham" dan seribu alasan lagi..otak memang kreatif bila mencari alasan..


saat berpisah.memang sedih..berbakul2 air mata walaupun nangis dalam hati..ego la tu!
dah habis,tamatnya sekolah..wat kerja masing2.sambung belajar kemudian kerja dan ada lagi yang melanjutkan pelajaran sampai habis-PHD(Pelajaran Habis Dah....)

renion-jumpa blik kwn2 lma..rindu tak terkata...masa renion mungkin ada yg dah berkeluarga..
konklusinya,zaman sekolah menyimpan seribu kenangan dalam hidup..

rindu pada zaman sekolah.. :)
insyaallah ukhuwah itu akan kekal dengan rahmatNya

Friday, February 15, 2013

Hikmah Berselawat

Assalamualaikum!!

Dah lama xupdate blog ni.. =)
ejadi,sempena sayyidul ayyam,(penghulu segala hari= hari jumaat) ni..aku nak kongsikan tentang SELAWAT.
Semalam,ada seorang teman yang baik ni..yang aku sayang dia... InsyaALLAH,sayang kerana Allah. Dia kongsikan satu perkara yang dia dengar dari satu ceramah yang disampaikan oleh Imam Muda Azhar di tempatnya. Inilah perkongsiannya:


Kekasih kita yang paling hakiki ialah Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w.," Tidak sempurna iman seseorang itu selagi mana beliau tidak mengasihi aku (Allah dan Nabi Muhammad) melebihi beliau mengasihi kedua ibi bapanya, anak2nya, dan semua manusia di dunia ini". Allah akan terus berselawat kat kita bila apabila kita berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. =)

Ada satu kisah iaitu 4 orang malaikat datang berjumpa Rasululullah s.a.w. Malaikat yang pertama; malaikaat Jibrail a.s. "Sesiapa yg berselawat ke atas kamu 10 kx sehari, nescaya aku akan bantu dia melintasi titian sirat dengan sepantas kilat"

Malaikat kedua;malaikat Mikail pulak kata, "Sesiapa yg berselawat ke atas kamu 10 kx , nescaya aku akan beri dia minum dari telaga Kauthar,"

Malaikat ketiga iaitu Malaikat Izrail pula akan mencabut nyawa orang yang berselawat 10 kx sehari sebagaimana dia mencabut nyawa golongan nabi dan rasul.

Malaikat keempat, malaikat Israfil " Aku akan sujud di depan Allah dan minta ampun untuk sesiapa yang berselawat ke atas kamu 10kx. Aku akan angkat kepala apabila Allah mengampunkan dosa orang yang berselawat itu"

Hikmahnya: golongan malaikat pun dah janji nak tolong sapa2 yang berselawat ke atas Rasulullah s.a.w
 ^_^

sekian sahaja dari saya~~ <3 font="">

Tuesday, February 5, 2013

Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan 
Adakalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu

Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu meyentuh kalbu
Meyalakan obor pengharapan

Tika kukalpaan

Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekeuatan tika
aku diuji dengan dugaan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmatNya mengatasi segala

Menitis air mataku keharuan

kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran

kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keihklasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta

Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dengan dugaan
Mengharaum dalam harapan
Mogakan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini

Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai

Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang  menjadi impian

Selain rahmat kasih-MU Tuhan
yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan 
Bernama teman

khas buatmu teman2~~~sahabat2