Wednesday, August 15, 2012

RAIKAN CINTA

Assalamualaikum...
Sudah lama x ziarah blog ini..rasa rindu nak conteng2 kat sini.. alhamdulillah,baru tadi selesai berbuka puasa bersama keluarga dan saudara2 yang tinggal berdekatan.

masa kemas2 bilik jmpa balik buku catatan yang selalu saya bawa masa usrah dan sudah tentulah saya ada catatkan..pasal cinta..ehm2. tp ni cinta ~ukhuwah sesama sahabat ye~

Ayuh RAIKAN cinta

-lafazkan lafaz cinta <3 nbsp="nbsp" p="p">-mohon didoakan apabila berpisah
-tunjukkan kegembiraan dan senyum bila berjumpa
-berjabat tangan dan saling bermaafan bila berjumpa
-sering beristirahim





semoga cinta ini diredhai oleh CINTA Nya dahulu.. :)
InsyaALLAH..moga kita sentiasa istiqamah dalam berbuat kebaikan.. sama2 lah kita.. :)

Thursday, May 31, 2012

usrah hari ni... :)-usrah akhir tuk sem ni..

tentang sifat marah iaitu ada 2 jenis sifat marah:


1. dicela-lahir du luar kawalan,mengikut nafsu,memaki hamun,memukul dll
2. dipuji-apabila mempertahankan hak,melihat kemungkaran dan apa yg dibenci oleh Allah..


berdasarkan hadith:
Sabda Nabi SAW “Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)




bnyk hadith pasal marah ni..leh cri lg  




n..bila marah tu tenang2kan diri sebab:-


Rasulullah pernah menerangkan: “Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhuk”.




istighfar bnyk2.. 




terdapat beberapa citi tuk hilangkan sifat marah.. :-




1.doa lah untuk hilangkan sifat mazmumah(marah antaranya)
2. sabar n lemah lembut
3. sentiasa muhasabah diri
4. sentiasalah ingat dengan peringatan yg diceritakan oleh Allah dlm Al-Quran..pahala org yg dpt mengawal diri dari marah.. 

Tuesday, May 15, 2012

mcm family ja.. suka

baru balik dr meeting ank negeri td.. mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik esok hari..

seronok bila ukhuwah tu rapat..mcm satu family.. :)

moga ukhuwah ini kekal dan baik.. tp pergaulan tu tetap dijaga.. :) :)

Saturday, April 21, 2012

no topic!(xda la tu...)

hujung minggu mcm ni la nak rehat pun..roomate xda,ada midterm..so,tinggal la ak sorang2 kt dlm bilik ni.. :)
tapi bukan saja2 relaks...tu~ esemen2 sedang menunggu giliran ak nak kena layan 'mereka' semua.. hehe




lapar..dh mkn..mkn biskut ja pagi2 ni.. erm,lega skit leh rehat2.. mnggu ni agk sibuk.(mcm la org lain xcbuk)


mcm ni la kehidupan di kampus ye..sibuk dengan kelas n kelas sampai ke petang pulak kadang tu. surely penat. malam ada aktiviti lain pula. meeting sana meeting sini.. last2 skali bilik berselerak.. haha
 erm,nampak sangat xreti lagi nak uruskan masa dengan baik. biasa la bro~ xda yg perfect. so,ngah ajar diri ni susun jadual masa dengan baik.. insyaALLAH lebih baik..


nanti lagi sibuk rasanya.. bila ada amanah,tanggungjawab..kena usaha tunaikan ia dengan baik.. Ya Allah,kuatkanlah hati ini ia Allah..permudahkanlah segala urusanku.. :)


erm...
.....
..
tah tahu nak tulis pe lagi dah.. xda topik loh.. topik cepu mas?(means LOVE la)
malas la nak cerita pasal tu..nothing pun.. hehe (^_^)


ok..itu saja.. boring kan?entah apa2 la saya tulis rini..ish2.. ok,nak hilangkan boring (wt esemen la)
hehe.. ~senyum2 nah~



Friday, March 16, 2012

cinta.. erm?

oh blogku yang tercinta.. hehe

sekarang ni banyak betul post cinta,ceramah cinta,talk cinta dan mcam2 lagi la.. agaknya ramai yang tengah bercinta ni..saya????????

haha. salah ka bercinta?tak slah pun. cintalah pada yang betul kan. lagipun cinta itu fitrah manusia. manusia memang perlukan cinta pun. tanpa cinta,suram la pula hidup.. bak kata nasyid kumpulan inteam ni..



~datangnya sang pelangi mewarnai hati yang suram itu~ ^_^ jiwang la plak malam2 ni..lama dah tak 'luahkan' kat sini. erm..ngah duk sorang2 ni..roomate balik rumah.al-maklum la dekat.. :)

Cemburu~

baru balik dari menyaksikan demo debat dalam arab sempena festival di kampus.. seronok ja tengok bercakap,berkata-berkata dalam bahasa arab. Jeles saya. hehe.(jeles yang baik dan pembakar semangat ni). Series best. Faham je bila dengar speaking arab ni tp ada juga yang tak dapat tangkap topik perbualan lebih2 lagi yang cakap laju..terhegeh-hegeh la diri ni terjemah perkatan tu dalam otak.. (^^,)

Selalu juga saya fikir,kenapalah saya masih belum mahir dalam bahasa arab sedangkan dari kecil lagi belajar bahasa arab tu~ erm,mungkin ada hikmahnya di sebalik semua ni.. mungkin saya malas.. hehe. mals nk bercakap- kalau speaking ni kena rjin praktis..sama la bhs asing yg lain pun..kn2.. setuju tak?? :)
tp ni pendapat saya jelah.. sebab tu la,saya berazam nak kuasai bhasa asing.. :)
p/s: wahai diri sendiri..jgn ckp aje

ok la..nanti saya tulis pula psal bhsa arb yg sya mnat ni..hehe. sambung wat keja dulu.



Tuesday, January 17, 2012

status: PELAJAR

Dah lama saya tak ziarah blog ni. Erm,agaknya sejak musim final exam. Sibuk study sikit.. sekarang agak berkelapangan walaupun berbaki lagi satu paper. Ye la,jarak tu agak lama tp tak da la lama sangat sebab 3 hari je pun.  Erm.apa yg saya buat sejak 3 mnggu yang lalu….

SEHARI SEBELUM FINAL EXAM

Study dah study so nak hilangkan stress. Waktu petang keluar beriadah bersama kawan-kawan. Kami jongging satu kampus. Seronok juga kampus da hutan keliling. Boleh hiding mata dengan warna-warna hijau. Lagipun,tengok benda2 hijau kan menajamkan mata. Lepas tu,sempat lagi buat larian marathon di stadium. Hehe.penat la juga tapi baik punya! Rasa segar dan sihat sikit. Tak la rasa bebab dan tension sangat dengan musim exm ni. Siap mandi peluh lagi. J
Malam tu nak study(ulang2 balik) pun tak ada la rasa penat or ngantuk sebab badan pun sihat kan.

P/s: walaupun sibuk study KESIHATAN kena jaga juga.

MUSIM EXAM

Pakaian yang nak dipakai nanti siap iron! Tak nak nanti kelam kabut pulak.(perempuan memang cmni skit).  Punya la gementar nak jawab paper padahal baru nak isi nama pada kertas jawapan dah terketar-ketar tangan tu. Haha. Alhamdulillah boleh la jawab tapi ada juga paper yang  tak yakin betul dapat full mark. Semua paper kot. Hehe. Tak,markah tinggi la maksudnya. Tawakkaltuillallah. Tapi,apa yang lebih terasa beban bukan masalah exam tapi gangguan air di kolej  di saat final exam. UJIAN kan? Sabar tau.. J lama la juga. Hampir seminggu. Masalah air tu la yang teruji buat diri ini dan juga kawan2 yang lain. J
Hari berganti hari exam nak habis dah. Sekarang berbaki lagi satu paper je. Eh,boleh pulak saya ni rileks2 lagi. Ish2. Petang ni baru sambung semula study. Hehe. Sekarang  kemas barang sikit sebab habis exam kan nak balim terus. Hooray! Tak sabar nak balik rumah. Rindu betul dengan rumah. Cek rindu betoi ni kat mama dengan abah. Hehe J
Break sem ni cuti sebulan je tapi bukan semua yang betul2 dapat menikmati cuti sebulan tu. Ada yang terlibat dengan program la aktiviti la n mcm2 lagi. Sama la saya pun ada program. 3 minggu je ada kat rumah. 3 minggu pun jadi la.. dah boleh lepas rindu tu.. J

BREAK SEMESTER

Barang tinggal lagi sikit ja nak kemas. Balik satu beg sudah la kan? Tak lama pun cuti tu. J nanti la chit-chat lagi ye. Selamat bercuti kepada yang sudah bercuti. J


Saturday, December 31, 2011

AZAM TAHUN BARU

Insyaallah dalam beberapa jam lagi akan menginjak ke tahun baru~2012.
Semoga kita semua mempunyai semangat yang baru sempena tahun baru yang bakal muncul ini. Ayuh di sini saya nak kongsikan sedikit perkongsian dari usrah hari ini...

WASIAT HASAN AL-BANNA

1.Segeralah tunaikan solat di awal waktu

2.Baca Al-Quran dan lihat mesej yang disampaikan.
-selalulah berzikir dan sentiasa mencari ilmu walaupun sedikit

3.Dorong diri sendiri mempelajari bahasa Al-Quran~bahasa arab

4.Buka ruang

5.Usah bertaruh idea tanpa adab
-janganlah kita berdebat jika tidak mendatangkan kebaikan,

6.Senyumlah selalu dan bersederhanalah dalam ketawa

7.Series selalu dan bergurau yang berpatutan
-melalui series tu adanya kesungguhan tapi tak da gurau hidup jadi tawar pula.. :)

8.Kawal suaramu setakat yang diperlukan
-ikut keperluan pendengar
-jangan tinggikan suara dengan ibu bapa ye~ :)

9.Usahlah mengumpat dan  dan merendahkan pertubuhan lain..

10.Luaskan interaksimu sesama manusia

11.Maksimumkan faedah waktu anda supaya dapat manfaatkan masa

Insyaallah.. :)
~Jaga diri hiasi peribadi~