Monday, December 5, 2011

Masa oh Masa...

Alhamdulillah,sekarang ni saya ada kelapangan untuk menulis tajuk seterusnya…tapi tak semua yang dalam blog ini hasil tangan saya..hehe. Banyak yang ambil dari sumber2 luar.. niat nak berkongsi ilmu.. J
Kelapangan yang ada ni nak kongsi benda baru plak la. Tapi pasal apa ek?erm,cakap pasal lapang,ada kaitan dengan masa kot..(memang ada pun)..
Kita sering mendengar peribahasa “Bertangguh itu pencuri masa”
Ya sy katakan sebab saya suka bertangguh dalam melakukan sesuatu kerja(eseimen le…) Akibatnya,kelam-kabut bila nak selesaikannya di saat-saat yg terakhir.. L jadinya,terpaksalah bersengkang mata hingga larut malam atau pagi.. tangguh lagi. Macam tu la. Lagi teruk kalau yang tak tidur..kesian.
Kesan bertangguh…
~kerja bertambah banyak..masa yang boleh digunakan untuk melakukan perkara lain pun tertangguh juga..
~otak kita pun serabut nak kena fikir banyak benda,siapkan banyak benda dalam satu masa..





Banyak perkataan atau kiasan dan bermacam-macam lagi tentang masa dalam berbagai bahasa sama ada bahasa melayu mahupun  inggeris… keadaan ini bukti bahawa masa itu amat berharga..
Dalam al-Quran pun ada mengatakan betapa berharganya masa iaitu surah al-‘Asr yang bermaksud:

ÎŽó       1. Demi Masa!2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

gunakanlah masa yang ada sebaik mungkin.. gunakan kesempatan untuk kebaikan..
di sini ada cara-cara untuk mengelakkan dari bertangguh..


Jadi~ janganlah bertangguh.. biar awal,jangan lambat..siapkan sesuatu kerja itu dulu. Islam menitikberatkan dalam persoalan masa.

~uruskanlah masa mengikut kesesuaian diri kita..wallahu’alam..

*sedikit perkongsian dr sy yg x seberapa ni..

Monday, November 28, 2011

Sebuah Doa untukmu...


Bismillahirrahmanirrahim…
Ya Rabbi..
Aku berdoa untuk seorang pria yang akan menjadi bahagian dalam hidupku
Seorang pria yang sungguh mencintai MU lebih dari segala.
Seorang pria yg akan meletakkanku di posisi yang kedua selepas ENGKAU
Seorang pria yg hidup bukan untuk dirnya tetapi untuk  MU
Seorang pria yg mempunyai sebuah hati yang yg sungguh mencintai dan haus akan ENGKAU dan memiliki keinginan untuk meladani sifat-sifat AgungMU
Seorang pria yg mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia
Seorang pria yg memiliki hati yg bijak bukan sekadar hanya otak yang cerdas
Seorang pria yg tidak hany mencintaiku tetapi juga menghormatiku
Seorang pria yg tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah
Seorang pria yang mencintaiku bukan kerana kecantikan
Seorang pria yang dapat menjadi shabatku dalam tiap waktu dan situasi
Seorang pria yang dapat membuatku merasa bagai seorang wanita ketuka berada di sebelahnya
Seorang pria yang menjadikan doronganku sebagai penegurnya
Seorang pria yang menjadikan doaku untuk kehidupannya
Seorang pria yang menjadikan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya
Seorang pria yang menjadikan diriku untuk  membuatkan hidupnya lebih sempurna…

Dan aku jga meminta:

Buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat pria itu bangga
Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintai MU,bukan mencintainya dengan sekadar cinta hatiku
Berikanlah sifatMU yang lembut sehingga kecantikanku datang dari luar diriku
Berilah aku tanganMU sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya
Berilah aku penglihatanMU sehingga kau dapat melihat banyak  hal dalam dirinya bukan hal buruk sahaja
Berilah aku mulutMU yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan MU dan pemberi semangat,sehingga aku dapat berbicara dengannya setiap hari,dan aku dapat tersenyum padanya sepia pagi
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu,aku berharap kami berdua dapat mengatakan “betapa besarnya ENGKAU kerana telah memberikan kepadaku seorang yang dapat membuat hidupku menjadi lebih sempurna”
Aku mengetahui bahawa ENGKAU menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan ENGKAU akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang KAU tentukan..
Amin…
YA RABBAL ‘ALAMIN

*perkongsian yang saya ambil dari satu artikel...

Thursday, November 3, 2011

sebuah pengorbanan

Bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillah sya berkesempatan lagi menulis entry yang baru ni walaupun agak sibuk..hehe

Sempena Aidiladha yang bakal datang ni marilah kita sama-sama menghayati kisah dari peristiwa Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.. Sebuah pengorbanan yang amat tinggi kepada Allah di mana sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail. Manakala Nabi Ismail pula sanggup dikorbankan oleh ayahnya Nabi Ibrahim semata-mata perintah Allah. Betapa patuhnya mereka melaksanakan perintah Allah..
semoga diri kita kuat iman dalam melaksanakan apa yang disuruhNya. :)

Sunday, October 30, 2011

PaGi yAnG InDaH!

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum.. 
Alhamdulillah syukur kerana saya masih dapat lagi bernafas pada pagi ini..menghirup udara segar daripadaNYA..masih lagi bernyawa untuk meneruskan perjuangan seterusnya..INSYALLAH.. :)

Hujung minggu mcam ni saya dan seorang pun berjogging la keliling kampus tapi 1/3 kampus ja sebab kampus agak besar kalau nak berjalan kaki. Mujurlah kampus ni banyak pokok-pokok besar kuranglah sikit kepanasan tu. Agak memenatkan sebab berbukit..dan berpeluh.Kira sihatlah badan kalau berpeluh tu. hehe.Pagi-pagi hari ni memang best kalau kita jalan-jalan sebagai senaman kaki di samping jamu mata dengan pemandangan sekeliling.Tapi kalau joging tengah bandar tu dapat nampak warna-warni ja la..hehe.

Banyak sang hijau di kiri kanan jalan.Kan tengok pemandangan hijau tu dapat sejukkan mata. Samalah jika kita melihat si biru langit yang tenang.Tambah dengan putihnya si awan. Cahaya sang mentari pun merangkak menyinari bumi ini.Alhamdulillah,memang sejukkan mata. :). Hati yang gundah terasa sedikit lega.Cubalah. Sedikit sebanyak kurang la juga.

                                                  

Subhanallah.Betapa Allah itu Maha Hebat bukan?Alam yang diciptakan ini dikira complete dah dengan warna2 yang ada.Warna hijau,biru,warna2 pelangi..Subhanallah.Allahuakbar. 

Daripada kita duduk bersahaja ,marilah kita keluar melihat ciptaanNYA. Menenangkan..
Tempat yang saya suka adalah tempat yang memepunyai pemandangan hijau2 gitu.Tenang ja sampai kekadang tu berkhayal la pulak!tenang sangat tu.,he2. Contohnya kalau pergi berkelah tepi panai atau tempat rekreasi air terjun.Kalau di sebelah utara ni tengok padi yang hijau kekuningan tu memang best bagi saya. Sukanya.

So,memang ada hikmah di sebalik setiap ciptaan Allah.Marilah kita renungkan bersama.Betapa bijaknya Allah dan siapalah kita ni hanya sebgai hambaNya yang kerdil..Moga dengan cara ini dapat meningkatkan keimanan kita.INSYAALLAH....................

Thursday, October 27, 2011

“Jiwa akan kosong tanpa cinta…
Cinta pada Allah,cinta pada Rasul,cinta ibu bapa,cinta sahabat2. isilah hati dengan mencintaiNYA dan hati orang2 yang mencintaiNYA..kerana akhi..kita semua adalah daripada jasad yang berbeza namun berkongsi hati yang sama.
Hati-hati yang mencari erti kebahagiaan abadi.
Cinta dan kasih bukan untuk dimiliki tapi untuk dikongsi.
Kasihlah pada Allah dan sebarkan rasa cinta itu pada yang lain.
Kasihlah pada sahabat dan sebarlah cinta itu bersama sahabat yang lain..tidak semua manusia mengerti egala perasaan yang ada di hati kita…kerana perasaan adalah bahasa hati yang sentiasa berubah di setiap waktu..



Monday, October 10, 2011

Uhibbuka Fillah...


     "Sahabat,ujian datang ketika hati sedang leka. 
Namun itu lebih baik dari dibiarkan terus lalai.
 Ujian datang  menguji kesabaran. 
Namun itu lebih baik dari diberi kenikmatan. 
Hati yang diuji menjadi kuat,hati yang dibiar kian lemah.
 Tetapi utuhlah di atas jalanNYA ketika yang lainnya rebah. 
Kerana janjiAllah itu cuma bukan sekeping janji,tetapi ianya sebuah kebenaran.."


Kata-kata dari seorang sahabat yang cukup mengambil berat akan diri ini.. Alhamdulillah bersyukurku ke hadrat Ilahi kerana masih ada insan-insan yang sentiasa mengingatiku ke arah jalan perjuangan..Terima kasih buat sahabat-sahabat sekalian. Walau jauh kerana kesibukan belajar namun doa tetap menjadi penghubung jarak jauh kita. :)

UHIBBUKA FILLAH......