Sunday, October 30, 2011

PaGi yAnG InDaH!

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum.. 
Alhamdulillah syukur kerana saya masih dapat lagi bernafas pada pagi ini..menghirup udara segar daripadaNYA..masih lagi bernyawa untuk meneruskan perjuangan seterusnya..INSYALLAH.. :)

Hujung minggu mcam ni saya dan seorang pun berjogging la keliling kampus tapi 1/3 kampus ja sebab kampus agak besar kalau nak berjalan kaki. Mujurlah kampus ni banyak pokok-pokok besar kuranglah sikit kepanasan tu. Agak memenatkan sebab berbukit..dan berpeluh.Kira sihatlah badan kalau berpeluh tu. hehe.Pagi-pagi hari ni memang best kalau kita jalan-jalan sebagai senaman kaki di samping jamu mata dengan pemandangan sekeliling.Tapi kalau joging tengah bandar tu dapat nampak warna-warni ja la..hehe.

Banyak sang hijau di kiri kanan jalan.Kan tengok pemandangan hijau tu dapat sejukkan mata. Samalah jika kita melihat si biru langit yang tenang.Tambah dengan putihnya si awan. Cahaya sang mentari pun merangkak menyinari bumi ini.Alhamdulillah,memang sejukkan mata. :). Hati yang gundah terasa sedikit lega.Cubalah. Sedikit sebanyak kurang la juga.

                                                  

Subhanallah.Betapa Allah itu Maha Hebat bukan?Alam yang diciptakan ini dikira complete dah dengan warna2 yang ada.Warna hijau,biru,warna2 pelangi..Subhanallah.Allahuakbar. 

Daripada kita duduk bersahaja ,marilah kita keluar melihat ciptaanNYA. Menenangkan..
Tempat yang saya suka adalah tempat yang memepunyai pemandangan hijau2 gitu.Tenang ja sampai kekadang tu berkhayal la pulak!tenang sangat tu.,he2. Contohnya kalau pergi berkelah tepi panai atau tempat rekreasi air terjun.Kalau di sebelah utara ni tengok padi yang hijau kekuningan tu memang best bagi saya. Sukanya.

So,memang ada hikmah di sebalik setiap ciptaan Allah.Marilah kita renungkan bersama.Betapa bijaknya Allah dan siapalah kita ni hanya sebgai hambaNya yang kerdil..Moga dengan cara ini dapat meningkatkan keimanan kita.INSYAALLAH....................

No comments: