Sunday, September 9, 2012

kerna RINDU ^_^




"kawan yang sentiasa senyum dan riang di hadapan anda itu sebenarnya sedang menyembunyikan kesedihan yang dia rasa sekarang ini.. "


Itu yang aku sedang berlaku kepadaku..luaran aku ceria macam biasa,boleh bergurau senda dengan kawan-kawan. Tapi bila malam lebih-lebih lagi dalam keadaan bersendirian,aku sedih. Sedih sebab kelalaian diri aku sendiri. Ya,aku sedar semua tu.Mungkin ini sebagai rahmat dari Allah. Ujian dari Allah supaya diri ni lebih dekat denganNya dan juga menguji sejauh mana tahap keimanan aku... bila datang malam ja aku mesti nak nangis. Dengan menangis,aku rasa lega. Merintih seorang diri,mengadu kepada Allah agar kuatkan diri aku,tabahkan diri aku.. pernah aku bertanya kepada seorang sahabat baik aku.

"Sahabat,mengapa kadang-kadang kita diuji dan bagaimana nak kuatkan diri?"
beberapa minit kemudian sahabatku membalas.

"Sahabat,mungkin Allah nak kuatkan hati kita. Jika kita kerap sedih dan bersabar dalam apa-apa pun ujian,kita akan merasa sendiri kekuatan itu. Bagaimana untuk menjadi kuat? Kita perlukan pengorbanan. Pengorbanan ini juga memerlukan usaha dan motivasi untuk kita tetap tabah menghadapi ujianNya. "

begitulah kata-kata dari seorang sahabat. Alhamdulillah,aku bersyukur ada sahabat sepertinya. Membaca ayat-ayatnya membuatkan aku lagi sebak. Memang betul. Aku perlu kuatkan diri. Rasa macam nak peluk sahaja sahabatku ini agar aku boleh melepaskan tangisan yang aku sedang tahan ini. 

Namun,Allah itu Maha Penyayang. Even my sahabat is far away from me,but I still have another friends. Yes,I have them. Ada lagi yang mengulurkan tangan mereka saat aku rebah. Aku gagah bangun walaupun kesakitan yang aku rasa. Kesakitan itu hilang dengan pertolongan dari Allah,rahmat darinya dan keikhlasan dalam ukhuwah. Allahuakhbar. Subhanallah.

Kesakitan luaran kita boleh nampak,kesakitan dalaman kita tak nampak dan lebih sakit dari luaran. Apakah ia? HATI. Percayalah,jika bersih hatimu,bersih juga yang lain. seperti hadith:

"Sesungguhnya di dalam diri manusia ada seketul daging.Bilamana ia baik,maka baiklah seluruh anggota dan bilamana ia rosak,maka rosaklah seluruh anggota.Ketahuilah itulah hati."
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagaimana kita nak peroleh sumber kekuatan agar menjadi lebih kuat? Bangunlah malam. InsyaALLAH. pinta dan pohonlah padaNya,mengadulah padaNya kerana Allah rindu nak dengar hambaNya mengadu dan menangis kepadaNya.

Ayuh,sama-samalah kita bermuhasabah diri. :)



Saturday, September 8, 2012

beberapa jam lagi....

bismillahirrahmanirahim...

pagi yang cerah... tapi pastu hujan..hujan yang menurunkan rezeki..
beratnya hati ni nak tinggalkan rumah untuk sambung lagi pengajian seterusnya yang berbaki lagi 4 sem(2 tahun) lg.. he2.. lambat lg kn?

ye la..tnggal umh lama2..kn dh jd homesick..
Ya Allah moga dipermudahkan segala urusanku di hari yang mendatang.. :)


-6 pagi

alhamdulillah..sampai sudah di stesyen bas. hanya tunggu teksi atau bas untuk pulang ke kampus..tapi, pakcik2 teksi kt sini baik je..
"teksi dik?" banyak kali dah ulang.. aku senyum ja dan menjawab, "tunggu kawan,"
hehe.. meme tunggu kawan pun. lambat pulak bas dia sampai. dah sampai seorang,lagi seorang belum. dalam masa yang sama jumpa ramai kawan-kawan lain yang baru sampai juga. :)

oleh sebabkan lama sangat tunggu,so kami pergi makan dulu.. lepas itu,baru balik kampus.

jom2.. semangat untuk sem baru..

Jom la kita tambah power lagi.. no play anymore. make it as a lesson. :)

wassalam.

Thursday, September 6, 2012

O°o. .o°O______________________________O°o. .o°O. (✿◠‿◠)*.:。 Sucikan 4 hal dengan 4 perkara 。.:*(✿◠‿◠) .°o.O.o° ¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯ ¯ °o.O.o°

Jadikanlah~~

✿ Wajahmu dibasuhi dengan linangan air mata keinsafan
✿ Lidahmu basah dengan zikir kepada Penciptamu
✿ Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbimu
✿ Dosa-dosa silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu


* from facebook *

ya..ada benarnya.. cubalah ^_^

Wednesday, September 5, 2012

blog oh blog

Assalamualaikum..

blog oh blog..apa tujuan saya berblog ey sebenarnya ni?
saya pun dah lupa benda apa sebenarnya..yang saya nak cerita ni..

erm..meh saya nak kongsikan sesuatu dengan 'cik blog' (sbb sy kn pmpuan) hehe..atau pembaca-pembaca blog di luar sana..(ada ke orang baca blo aku ni? hi3).

sebenarnya,saya ni teringin juga nak jadi penulis..tapi,tak tahu la penulis kategori mana. Kalau sastera,mana la nak reti sangat berbunga-bunga segala. merapu je lebih. If fakta sekalipun,mestilah perkara yang betul sebab bukan auta kn? hi3. Fakta ni benda yang pasti dan benar-benar berlaku,point yang pasti. Contoh mcm berita,sejarah. So,mana la leh menipu..saya ni jujur orangnya(sangat la) hi3


kalau sastera,saya kelentong ja.. tapi sastera pun ada yang berdasarkan sastera juga..

jadi,sekarang ni penulisan agak penting la juga sebab ia senang ja 'masuk' ke dalam hati. tapi tak da lah betul2 senang.. Maksud saya,ia secara halus dan para pembaca boleh berfikir dengan sendirinya,kan?
Di samping itu juga ramai yang berniaga melalui medan maya dan blog adalah salah satu daripadanya.Ada yang berbussiness kucing,pakaian dan macam-macam lagi.

erm..lagi nak cakap apa ya? tak ada apa-apa dah kot. saja ja tulis sebab ngan boring ni. apa yang ditulis di atas sekadar pendapat je.

wassalam.

Wednesday, August 15, 2012

RAIKAN CINTA

Assalamualaikum...
Sudah lama x ziarah blog ini..rasa rindu nak conteng2 kat sini.. alhamdulillah,baru tadi selesai berbuka puasa bersama keluarga dan saudara2 yang tinggal berdekatan.

masa kemas2 bilik jmpa balik buku catatan yang selalu saya bawa masa usrah dan sudah tentulah saya ada catatkan..pasal cinta..ehm2. tp ni cinta ~ukhuwah sesama sahabat ye~

Ayuh RAIKAN cinta

-lafazkan lafaz cinta <3 nbsp="nbsp" p="p">-mohon didoakan apabila berpisah
-tunjukkan kegembiraan dan senyum bila berjumpa
-berjabat tangan dan saling bermaafan bila berjumpa
-sering beristirahim





semoga cinta ini diredhai oleh CINTA Nya dahulu.. :)
InsyaALLAH..moga kita sentiasa istiqamah dalam berbuat kebaikan.. sama2 lah kita.. :)

Thursday, May 31, 2012

usrah hari ni... :)-usrah akhir tuk sem ni..

tentang sifat marah iaitu ada 2 jenis sifat marah:


1. dicela-lahir du luar kawalan,mengikut nafsu,memaki hamun,memukul dll
2. dipuji-apabila mempertahankan hak,melihat kemungkaran dan apa yg dibenci oleh Allah..


berdasarkan hadith:
Sabda Nabi SAW “Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)




bnyk hadith pasal marah ni..leh cri lg  




n..bila marah tu tenang2kan diri sebab:-


Rasulullah pernah menerangkan: “Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhuk”.




istighfar bnyk2.. 




terdapat beberapa citi tuk hilangkan sifat marah.. :-




1.doa lah untuk hilangkan sifat mazmumah(marah antaranya)
2. sabar n lemah lembut
3. sentiasa muhasabah diri
4. sentiasalah ingat dengan peringatan yg diceritakan oleh Allah dlm Al-Quran..pahala org yg dpt mengawal diri dari marah.. 

Tuesday, May 15, 2012

mcm family ja.. suka

baru balik dr meeting ank negeri td.. mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik esok hari..

seronok bila ukhuwah tu rapat..mcm satu family.. :)

moga ukhuwah ini kekal dan baik.. tp pergaulan tu tetap dijaga.. :) :)