Thursday, October 4, 2012

Usrah last minit

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini agak letih sikit sebab kelas habis lewat..pukul 6 petang..he2.. Nak ikutkan hari-hari la letih. Letih belajar. he2. Otak pun kena rehat juga. ;)

Habis ja kelas,saya lajukan langkah sebab nak ikut usrah persatuan. Masa sampai pun memang la dah mula dah tapi alhamdulillah la..dapat juga dengar kan?Dapat juga ilmu tu~~

tazkirahini disampaikan oleh penasihat persatuan itu sendiri.. :)
antara isinya adalah :

Manusia ni ada 3 golongan iaitu

1.Hidup untuk dunia. Kehidupan hanya untuk dunia. Jadi sayang dengan dunia..lupa apa yang lagi penting.

2. Sesat antara hidup di dunia &akhirat. Apa tu? Solat juga tapi matlamat hidup adalah duniawi. Luar nampak baik,hakikatnya ada udang di sebalik mee.

3. Anggap dunia sebagai ladang akhirat. Jangan anggap ladang mcam ladang ternakan pulak.Maksudnya akhirat itu sebagai platform untuk ke akhirat. Dunia ini hanyalah sementara sahaja. Hanya sebagai tempat persinggahan,sebagai tempat untuk membawa bekalan ke akhirat sana. Bekalan itu segala amalan kita di dunia.

Saya yang menyampaikan ni pun bukanlah sebaik mana.Banyak juga dosa sebab saya seorang manusia biasa yang tak sunyi dari melakukan dosa.Adakalanya kita baik adakalanya tidak. Iman kita turun dan naik. Normal lah. Masa kita dalam susah,sunyi,kita mengadu kepada Allah. Allah suka hamba yang mengadu kepadaNya.

Walaupun orang yang menyampaikan perkara yang baik itu 'baik',tap APA yang disampaikan olehnya itu baik. Jadi,ambil lah yang baik itu. Apa salahnya kita doakan supaya dia juga jadi baik,kan? Sekurang-kurangnya orang yang menyampaikan itu membuat penambahbaikkan dalam dirinya dan juga kita sendiri. Ayuh,semua baiki diri. :)

~Apa yang baik dari Allah,yang buruk dari saya juga ~ :)

Ini lah apa yang saya dapat dari usrah yang saya pergi lambat. Usrah last minit.he2

No comments: