Sunday, August 14, 2011

Pra-universiti *bhg 1

      "Assalamualaikum," satu suara memberi salam.Aziyan menoleh ke arah suara tersebut.Satu senyuman terukir di bibirnya."Kakak,"
      "Acik buat apa sorang diri kat sini?"kata Suraya sambil melabuhkan punggung di sebelah adiknya.Aziyan jauh termenung hinggakan dirinya datang pun Aziyan tak sedar.Aziyan mengeluh kecil.Hatinya agak sedih dan sedikit terkilan kerana dia tak dapat melanjutkan pelajaran macam rakan-rakan yang lain.
      "Acik sedih,kak.Ramai schoolmate acik dapat menyambung pelajaran diorang ke universiti,maktab,matrik dan lain-lain lagi la.Tapi acik...,"kata-kata Aziyan terhenti di situ.Rasa sedih menghimpit jiwa.Zahirah mengangguk tanda faham kemudian tersenyum.Bahu adiknya dipeluk dan diusap lembut.
     "Acik jangan sedih.Bukan acik tak pandai macam kawan2 lain dan acik pun dapat menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya cuma berbeza platform je dari kawan2 lain."
     "Tapi acik tak macam diorang.Acik dapat tingkatan 6,"
     "Ha,baguslah.Apa yang perlu dirisaukan lagi.Dapat juga sambung belajar kan?"
     "Akak,tingkatan 6!" Aziyan merengus geram.Zahirah ketawa kecil pura-pura tidak faham dengan maksud adiknya.
     "OK.Acik,jangan pandang rendah dengan tingkatan 6.Jangan fikir ia meremehkan sebab acik masih perlu pakai pakaian seragam sekolah,ikuti perhimpunan,dan juga aktiviti2 koko.Acik,tingkatan enam ini sebagai tiket kedua untuk menaiki ke penerbangan seterusnya.Tingkatan enam dengan erti kata lain adalah pra-universiti.Kehidupan di tingkatan enam ni macam pelajar u la juga sikit2 walaupun kehidupan pelajar sekolah menengah tu masih ada lagi.Ingat,sebelah kaki acik sudah selangkah ke universiti.Tinggal lagi sebelah je," panjang lebar Suraya menerangkan kepada Aziyan perihal pra-universiti.Hati Aziyan mula terpujuk sedikit dengan kata-kata kakaknya.
     "Terima kasih kak.Acik sayang kak.Eh,akak macam berpengalaman je,"
      "Of course my sis.Are you forgot that I am the ex-student of form 6?"
Aziyan tersengih.Boleh pula dia lupa."Tapi.." belum sempat Aziyan menyambung kata-katanya Zahirah sudah bangun meninggalkan dia di tepi kolam ikan atuknya di kampung.Aziyan terkejar-kejar kakanya yang sudah jauh meninggalkannya.Masih banyak persoalan yang masih kurang jelas dalam minda Aziyan.Apa maksud kakak sebelah kaki sudah ke universiti?Masuk universiti dengan sijil STPM ni senang ka susah?Dan...macam2 lagi persoalan dalam kepalanya yang belum terjawab.Aziyan bertekad akan bertanya lagi dengan kakaknya.Hatinya sedikit tertarik dengan pra-universiti.
      Zahirah sekali lagi terseyum sendirian.Bahagia.Syukur.Tak sia-sia dirinya memeras otak ketika belajar di tingkatan 6 dahulu.Dalam hatinya tidak henti bertahmid pada yang Esa.
      "Anggaplah ini peluang kedua kamu semua untuk menjejakkan kaki ke universiti.Tingkatan 6 ini atau pra-universiti ibarat medan seterusnya untuk kamu semua sama-sama berjuang menuntut ilmu.Jika kamu berusaha insyaallah berjaya.Seperti sebelum ini ramai yang senior-senior kamu terdahulu telah berjaya ke menara gading,"
     Kata-kata Encik Bakar selaku PK HEM sekolah masih terngiang-ngiang di telinga Zahirah semasa hari pendaftarannya ke tingkatan enam dahulu.Ya,buktinya di hadapan mata.Alhamdulillah semuanya berjaya ke medan jihad seterusnya.Aku dan rakan2 seperjuangan yang turut bersama dalam pertempuran STPM dahulu.Pohon rendang di hadapan rumah atuknya mengingatkannya kembali ke alam pra-universiti.....