Sunday, September 9, 2012

kerna RINDU ^_^




"kawan yang sentiasa senyum dan riang di hadapan anda itu sebenarnya sedang menyembunyikan kesedihan yang dia rasa sekarang ini.. "


Itu yang aku sedang berlaku kepadaku..luaran aku ceria macam biasa,boleh bergurau senda dengan kawan-kawan. Tapi bila malam lebih-lebih lagi dalam keadaan bersendirian,aku sedih. Sedih sebab kelalaian diri aku sendiri. Ya,aku sedar semua tu.Mungkin ini sebagai rahmat dari Allah. Ujian dari Allah supaya diri ni lebih dekat denganNya dan juga menguji sejauh mana tahap keimanan aku... bila datang malam ja aku mesti nak nangis. Dengan menangis,aku rasa lega. Merintih seorang diri,mengadu kepada Allah agar kuatkan diri aku,tabahkan diri aku.. pernah aku bertanya kepada seorang sahabat baik aku.

"Sahabat,mengapa kadang-kadang kita diuji dan bagaimana nak kuatkan diri?"
beberapa minit kemudian sahabatku membalas.

"Sahabat,mungkin Allah nak kuatkan hati kita. Jika kita kerap sedih dan bersabar dalam apa-apa pun ujian,kita akan merasa sendiri kekuatan itu. Bagaimana untuk menjadi kuat? Kita perlukan pengorbanan. Pengorbanan ini juga memerlukan usaha dan motivasi untuk kita tetap tabah menghadapi ujianNya. "

begitulah kata-kata dari seorang sahabat. Alhamdulillah,aku bersyukur ada sahabat sepertinya. Membaca ayat-ayatnya membuatkan aku lagi sebak. Memang betul. Aku perlu kuatkan diri. Rasa macam nak peluk sahaja sahabatku ini agar aku boleh melepaskan tangisan yang aku sedang tahan ini. 

Namun,Allah itu Maha Penyayang. Even my sahabat is far away from me,but I still have another friends. Yes,I have them. Ada lagi yang mengulurkan tangan mereka saat aku rebah. Aku gagah bangun walaupun kesakitan yang aku rasa. Kesakitan itu hilang dengan pertolongan dari Allah,rahmat darinya dan keikhlasan dalam ukhuwah. Allahuakhbar. Subhanallah.

Kesakitan luaran kita boleh nampak,kesakitan dalaman kita tak nampak dan lebih sakit dari luaran. Apakah ia? HATI. Percayalah,jika bersih hatimu,bersih juga yang lain. seperti hadith:

"Sesungguhnya di dalam diri manusia ada seketul daging.Bilamana ia baik,maka baiklah seluruh anggota dan bilamana ia rosak,maka rosaklah seluruh anggota.Ketahuilah itulah hati."
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagaimana kita nak peroleh sumber kekuatan agar menjadi lebih kuat? Bangunlah malam. InsyaALLAH. pinta dan pohonlah padaNya,mengadulah padaNya kerana Allah rindu nak dengar hambaNya mengadu dan menangis kepadaNya.

Ayuh,sama-samalah kita bermuhasabah diri. :)



No comments: