Semoga kita semua mempunyai semangat yang baru sempena tahun baru yang bakal muncul ini. Ayuh di sini saya nak kongsikan sedikit perkongsian dari usrah hari ini...
WASIAT HASAN AL-BANNA
1.Segeralah tunaikan solat di awal waktu
2.Baca Al-Quran dan lihat mesej yang disampaikan.
-selalulah berzikir dan sentiasa mencari ilmu walaupun sedikit
3.Dorong diri sendiri mempelajari bahasa Al-Quran~bahasa arab
4.Buka ruang
5.Usah bertaruh idea tanpa adab
-janganlah kita berdebat jika tidak mendatangkan kebaikan,
6.Senyumlah selalu dan bersederhanalah dalam ketawa
7.Series selalu dan bergurau yang berpatutan
-melalui series tu adanya kesungguhan tapi tak da gurau hidup jadi tawar pula.. :)
8.Kawal suaramu setakat yang diperlukan
-ikut keperluan pendengar
-jangan tinggikan suara dengan ibu bapa ye~ :)
9.Usahlah mengumpat dan dan merendahkan pertubuhan lain..
10.Luaskan interaksimu sesama manusia
11.Maksimumkan faedah waktu anda supaya dapat manfaatkan masa
Insyaallah.. :)
~Jaga diri hiasi peribadi~
No comments:
Post a Comment